Polis buru enam suspek tetak lelaki di Alor Gajah - Azlan

Polis buru enam suspek tetak lelaki di Alor Gajah 

AZLAN ABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lapan individu ditahan, manakala enam lagi diburu selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan bersenjatakan parang sehingga menyebabkan seorang lelaki parah akibat ditetak di Taman Sebang Mutiara, Alor Gajah dekat sini, bulan lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Azlan Abu berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 5 September apabila mangsa berusia 34 tahun diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di halaman rumahnya. 

Katanya, mangsa kemudian ditetak sehingga mengalami kecederaan parah di tangan serta kaki dan sehingga kini masih mendapatkan rawatan di hospital. 

“Susulan kejadian itu, kita telah menahan tiga lelaki berusia 24 hingga 31 tahun pada 6 hingga 7 September di sekitar Alor Gajah.  

“Susulan tangkapan itu, lima lagi suspek berusia 24 hingga 39 tahun ditahan pada 18 Oktober lalu di sekitar kawasan Melaka Tengah kira-kira pukul 8 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, polis juga sedang mengesan enam suspek yang masih bebas berusia antara 24 hingga 39 tahun untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal kita percaya pergaduhan itu berlaku ketika suspek dan mangsa dalam keadaan mabuk. 

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata dan jika di sabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan,” jelasnya. 

Tambahnya, salah seorang suspek telah dituduh di bawah Sekyen 307 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya