PM jamin kerangka jaringan keselamatan ekuiti tidak ambil hak bukan bumiputera - Utusan Malaysia

PM jamin kerangka jaringan keselamatan ekuiti tidak ambil hak bukan bumiputera

ISMAIL Sabri Yaakob ketika membentangkan RMK12 di Dewan Negara hari ini. - FOTO PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjualan saham atau syarikat milik agensi mandat bumiputera hanya ditawar serta dijual kepada konsortium, syarikat atau individu bumiputera yang lain menerusi kerangka jaringan keselamatan ekuiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan kerangka jaringan keselamatan ekuiti juga tidak akan mengambil hak kepentingan masyarakat bukan bumiputera di negara ini.

Beliau berkata, kerangka itu  tidak tertakluk dengan cadangan tersebut, sebaliknya kepada peraturan sedia ada di bawah kawal selia sektor yang berkenaan.

“Ini bagi memastikan penjualan saham dan syarikat oleh syarikat tempatan kepada pemilik asing dapat dikawal, seterusnya dapat memastikan pemilikan ekuiti bumiputera tidak terhakis,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN