PIKM gesa Kementerian Pendidikan beri perhatian  isu pembayaran lewat - Utusan Malaysia

PIKM gesa Kementerian Pendidikan beri perhatian  isu pembayaran lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) menggesa Kementerian Pendidikan memberi perhatian segera ke atas masalah pembayaran lewat terhadap syarikat-syarikat keselamatan. 

Presidennya, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, berdasarkan siasatan terhadap laporan mengenai pengawal keselamatan yangbelum menerima gaji mereka, pihaknya mendapati syarikat keselamatan berkenaan sedang menghadapi masalah aliran tunai. 

Katanya, perhatian segera ke atas masalah pembayaran lewat agar aliran tunai dan keberkesanan operasi syarikat-syarikat keselamatan yang memberi perkhidmatan di sekolah tidak terjejas.

“Syarikat memberi perkhidmatan kawalan keselamatan di beberapa sekolah di lima buah negeri di Semenanjung dan Sarawak, namun belum menerima pembayaran sehingga kini bagi perkhidmatan yang  diberi di sekolah-sekolah di negeri berkenaan antara dua hingga empat bulan.

“Semakan PIKM mendapati, syarikat terlibat tertunggak menerima pembayaran bagi perkhidmatan yang  diberi di sekolah-sekolah mencecah hampir RM2 juta.

“Di samping itu, melalui maklumat yang diperoleh daripada ahli-ahli PIKM, menunjukkan sebanyak 117 buah syarikat keselamatan dilaporkan masalah tunggakan pembayaran bagi perkhidmatan kawalan keselamatan di sekolah-sekolah berjumlah RM142 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ia bagi mengulas mengenai pengawal keselamatan di Perlis yang dilaporkan belum menerima gaji mereka. 

Menurut Ramli, PIKM turut mengambil maklum Pengarah syarikat keselamatan berkenaan telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendidikan Negeri tempatan untuk menjelaskan situasi kewangan syarikat.

“Wakil syarikat tersebut juga sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi yang dijangka akan dapat diatasi sebelum akhir bulan Oktober ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN