Perak kumpul 213.6 tan metrik E-waste  - Utusan Malaysia

Perak kumpul 213.6 tan metrik E-waste 

SAARANI Mohamad memalu gong ketika merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 peringkat negeri Perak di Dewan Majlis Daerah Selama dekat Larut hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT:  Sebanyak 213.6 tan metrik buangan barangan elektrik dan elektronik atau E-waste di negeri ini dikumpul sejak Januari tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu dengan peningkatan 485 peratus sempena Kempen Pengumpulan Buangan Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) peringkat negeri.

Menurut Saarani, kejayaan itu didorong penglibatan dan komitmen 15 buah pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama 25 syarikat yang menyertai kempen itu secara konsisten serta sokongan tiga kontraktor pengumpulan berlesen di negeri ini.

“Tahun ini Perak mengumpul dan mengitar semula  213.6 tan metrik barangan buangan elektrik dan elektronik.

“Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 485 peratus berbanding hanya 44 metrik tan E-Waste yang dikumpul dan dikitar semula dalam kempen yang sama pada tahun 2020,” katanya selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Negara 2021 peringkat negeri di Dewan Majlis Daerah Selama di sini, hari ini.

Menurutnya, penglibatan sektor industri dalam kempen tersebut pada tahun ini juga meningkat sebanyak 312 peratus berbanding hanya lapan syarikat yang mengambil bahagian pada tahun lepas.. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya