PONTIAN: Seorang bekas pesakit kanser payu dara menjadikan pengalamannya selama lapan tahun menghidap penyakit tersebut untuk menghasilkan jus bagi membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Norhafizah Abd. Rahim, 38, menggunakan pengetahuannya dalam bidang teknologi makanan bagi menghasilkan jus yang menggunakan campuran ubi bit, buah nanas, buah naga dan Roselle. Katanya, penyakit kanser payu dara dihidapinya mula dikesan pada 2014 ketika sedang mengandung anak keempat yang baru berusia 14 minggu ketika itu…










