Pengecualian faedah pinjaman 3 bulan antara manfaat B50 terjejas bawah program URUS - Utusan Malaysia

Pengecualian faedah pinjaman 3 bulan antara manfaat B50 terjejas bawah program URUS

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenal program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) iaitu program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program berkenaan dilaksanakan sektor perbankan dalam masa terdekat yang turut merangkumi  peminjam dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka berpendapatan kasar kurang dari RM5,880 sebulan. 

Menurut Perdana Menteri, kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan termasuk pengurangan kadar faedah.  

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa  jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi  membantu meringankan beban kewangan mereka. 

“Program URUS ini dirangka sektor perbankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Butiran selanjutnya mengenai program ini akan diperincikan Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata,  inisiatif sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan melengkapkan usaha kerajaan membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini mendapat manfaat daripada program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan kerajaan sejak Mac 2020.  

Kata beliau, kerajaan berharap dengan pendekatan whole-of-nation dan penyatuan usaha seluruh rakyat  Malaysia mampu merealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, inklusif dan mampan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya