Pemilik syarikat direman kemuka tuntutan palsu PenjanaKerjaya - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat direman kemuka tuntutan palsu PenjanaKerjaya

PEMILIK syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM308,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM308,000, akhir tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di rumahnya pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Wanita berkenaan dikatakan mengemukakan permohonan bantuan insentif program PenjanaKerjaya 1.0 yang mempunyai tuntutan palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya