Pemandu van kes kanak-kanak autisme maut dalam van disambung reman - Utusan Malaysia

Pemandu van kes kanak-kanak autisme maut dalam van disambung reman

MOHD. SAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu van yang terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak autisme, Nur Kasrena Darwisyah Mohd. Khairul, 8, selepas ditinggalkan dalam kenderaan tersebut disambung reman sehari lagi sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, sebelum ini lelaki berusia 34 tahun itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Sambung (reman) hingga esok (kes pemandu van kanak-kanak autisme,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada 12 Oktober lalu, polis menahan pemandu van susulan laporan polis berhubung kematian kanak-kanak autisme, Nus Kasrena Darwisyah berusia lapan tahun yang maut selepas ditinggalkan selama tiga jam tanpa sengaja oleh suspek di hadapan rumahnya di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini.

Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van tersebut.

Bagaimanapun, pemandu van pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN