Pemandu lori khayal heroin dari Muar ke Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Pemandu lori khayal heroin dari Muar ke Pasir Gudang

AYOB Khan Mydin Pitchay (dua dari kanan) menyoal seorang pemandu kenderaan perdagangan yang positif dadah selepas melakukan ujian air kencing dalam Op Khas Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Skudai di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori dipercayai bertindak mengambil dadah jenis heroin sebelum memulakan pemanduan kenderaan berat itu dari Muar menuju ke Pasir Gudang, hari ini. 

Tindakan lelaki berusia 40 tahun yang memandu lori lima tan itu mengundang padah apabila dicekup polis ketika menjalankan Op Khas Bersepadu (Kenderaan Perdagangan) di Tol Skudai, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki terbabit yang memandu bersendirian dengan lori tanpa muatan masih berada dalam keadaan khayal ketika ditahan anggota polis kira-kira pukul 9 pagi selain berada dalam keadaan tidak stabil.

“Semasa ditahan, suspek mengaku mengambil dadah jenis heroin selain menunjukkan bungkusan plastik mengandungi dadah berkenaan yang disimpan dalam beg,” katanya dalam sidang akhbar operasi itu di sini, hari ini. 

Katanya, dalam operasi sama, seorang penghantar barang berusia 25 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger turut ditahan setelah didapati positif dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menghantar ikan hiasan dari Taman Ungku Tun Aminah ke Taman Sri Kluang di Kluang.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja di dalam beg miliknya,” ujarnya. 

Sementara itu, sebanyak 93 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam tempoh kurang tiga jam operasi itu dilaksanakan yang membabitkan pemeriksaan terhadap 152 kenderaan. _ UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.