Pemancing selamatkan anak kucing dicampak dari jambatan  - Utusan Malaysia

Pemancing selamatkan anak kucing dicampak dari jambatan 

TANGKAP layar seorang kaki pancing menyelamatkan seekor anak kucing yang dipercayai dicampak individu tidak dikenali dari atas Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang nelayan menyelamatkan seekor anak kucing yang dipercayai dicampak individu tidak dikenali dari atas Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pemandu bot pelancong, Sobri Karim, 36, berkata, dia menerima panggilan daripada seorang nelayan untuk membantu membawa anak kucing itu ke jeti nelayan Batu Uban dekat sini untuk diselamatkan kira-kira pukul 3.30 petang. 

Katanya, dia dimaklumkan nelayan tersebut yang anak kucing berbulu hitam itu dijumpai semasa dia sedang memancing ikan di tiang 67 di bawah Jambatan Pulau Pinang. 

Jelasnya, nelayan berkenaan mendakwa anak kucing itu ditemukan sedang berenang menghampiri tembok tiang itu selepas dicampak kira-kira 20 meter dari atas jambatan. 

“Nelayan yang sedang memancing tersebut kemudiannya terus membawa naik haiwan tersebut dengan menggunakan penyauk ikan. 

“Saya terus  ke lokasi penemuan anak kucing itu sejurus menerima panggilan membantu membawa anak kucing itu pulang ke jeti,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, video anak kucing yang diselamatkan tersebut yang berdurasi kira-kira 18 saat dan dirakam Sobri tulari dalam media sosial hari ini dengan rata-rata netizen memuji dan melahirkan penghargaan atas usaha murni kaki pancing berkenaan menyelamatkan haiwan terbabit. 

Sementara itu Sobri menambah, dia tidak menyangka ada individu sanggup bertindak kejam terhadap haiwan perliharaan tersebut tanpa perikemanusiaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya