Pelajar tingkatan dua maut digilis selepas terbabas

Pelajar tingkatan dua maut digilis selepas terbabas

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu maut digilis kenderaan selepas motosikalnya terbabas di Kilometer 60.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa Muhamad Danial Hakim Azmi, 14, dari Kampung Nibung Kubur, Dungun, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dari arah Kuala Terengganu itu terbabas di lokasi kejadian selepas melanggar pembahagi jalan. 

“Mangsa yang terbabas di lorong kiri kemudian digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti, datang dari arah sama. 

“Pemandu berkenaan bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd. Zain berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.