Pelajar sekolah, IPT sertai parti liar dicekup - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah, IPT sertai parti liar dicekup

DUA lelaki memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi dan satu ketulan mampat dipercayai dalam serbuan di sebuah inap desa di Alai, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 18 individu termasuk pelajar sekolah menengah ditahan selepas dikesan mengadakan parti liar dengan membawa bekalan ganja dan pil ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Alai dekat sini, semalam. 

Kesemua individu ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun, kira-kira pukul 1.25 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Kandang. 

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, dua lelaki memiliki satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.6 gram. 

“Hasil serbuan,  menahan seramai 18 individu selepas dipercayai mengadakan parti liar dengan dua daripada mereka turut membawa pil ekstasi dan ganja. 

“Antara yang ditahan adalah pelajar sekolah menengah dan penuntut institut pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, katanya, hasil saringan ujian air kencing mendapati, 13 yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine dan ganja. 

“Dua suspek yang memiliki bahan dipercayai dadah kini direman empat hari sehingga 20 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Mereka yang didapati positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (A) akta sama,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN