Pasangan muda mati akibat lemas asap - Utusan Malaysia

Pasangan muda mati akibat lemas asap

DUA anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran sebuah kereta dalam kemalangan yang meragut nyawa dua mangsa yang ditemukan rentung di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pasangan suami isteri yang ditemukan rentung dalam kereta Perodua Myvi dipercayai mati akibat lemas selepas terhidu asap kebakaran dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasangan itu, Lim Gi Ying, 21, dan isterinya, Tan Sun Wen, 19, ditemukan rentung di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dalam kereta terlibat selepas terbabit dalam kemalangan pada pukul 3 pagi.

“Hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati mangsa mati lemas kerana asap kebakaran dalam kemalangan tersebut:

“Kedua-dua mangsa turut melecur teruk atau rentung di badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN