PETALING JAYA: Industri aeroangkasa dikenal pasti sebagai industri strategik dan berimpak tinggi serta pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara sejajar dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, transformasi industri diberikan tumpuan untuk berdaya maju di peringkat global dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Katanya , antara inisiatif yang akan dilaksanakan merangkumi pembangunan ekosistem kondusif dan membangunkan keupayaan melalui kewujudan kluster dan zon aktiviti aeroangkasa di kawasan ekonomi terpilih.
” Ia mengambil kira kewujudan sektor sokongan lain seperti elektronik, automotif, mesin dan peralatan erta sistem digital aeroangkasa dan penggunaan sumber tenaga yang mampan.
” Tumpuan akan diberikan kepada empat sub-sektor iaitu penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembuatan aeroangkasa, integrasi sistem dan perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk,” katanya dalam sesi penggulungan RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini.-UTUSAN ONLINE









