PETALING JAYA: Proses meratifikasi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan diberi fokus bagi memperkukuh ekonomi negara.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, malah kerajaan akan memastikan pelaksanaan dasar perdagangan dan pelaburan bersifat mesra perniagaan.
Katanya, langkah tersebut sekaligus berpotensi meningkatkan pasaran eksport bagi produk tempatan.
” Peningkatan eksport direkodkan sebanyak 18.4 peratus dengan nilai RM95.6 bilion. Import berkembang 12.5 peratus kepada RM74.2 bilion. Lebihan dagangan melonjak 44.7 peratus kepada RM21.4 bilion.
” Begitu juga dengan jumlah perdagangan yang telah meningkat 15.7 peratus kepada RM169.8 bilion,” katanya dalam sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.- UTUSAN ONLINE










