Operator pengeluaran didakwa bunuh suami - Utusan Malaysia

Operator pengeluaran didakwa bunuh suami

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang operator pengeluaran kilang sarung tangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya dalam satu pertengkaran yang didakwa berpunca daripada sikap cemburu lelaki itu.

Oleh kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, tiada pengakuan direkodkan daripada R. Umadevi, 26, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja membunuh A. Murgan, 45, di sebuah rumah di Jalan Laksamana 5, Kampung Laksamana, Batu Caves di sini pukul 11.30 malam pada 19 Oktober lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 November ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut dipercayai ditikam isterinya dalam satu pertengkaran di Kampung Laksamana, Batu Caves yang didakwa berpunca daripada sifat cemburu mangsa yang menuduh wanita itu menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam pertengkaran itu, mangsa dipercayai mengambil sebilah gunting dan cuba menyerang suspek.

Katanya, suspek kemudian bertindak balas dengan mematahkan besi kaki payung lalu menikam mangsa di bahagian bawah perut menyebabkannya rebah atas tilam dalam keadaan berlumuran darah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya