Debu jingga Sahara selubungi Athens

Debu jingga Sahara selubungi Athens

DEBU pasir jingga dari Gurun Sahara menyelubungi ruang udara bandar Athens, Greece.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Jerebu berwarna jingga  menyelubungi ruang udara bandar Athens apabila awan debu bertiup dari padang pasir Sahara.

Menurut pegawai kaji cuaca, fenomena yang kelihatan sangat dramatik itu merupakan satu daripada episod terburuk yang melanda Greece sejak 2018.

Lapor BBC, Greece sudah pun dilanda pencemaran debu serupa pada akhir Mac dan awal April, yang turut meliputi kawasan Switzerland serta selatan Perancis.

Kualiti udara merosot di banyak kawasan di negara itu dan pada pagi semalam, Acropolis di Athens tidak lagi kelihatan akibat debu tebal yang dilaporkan berterbangan hingga ke utara Thessaloniki.

Penduduk dengan masalah pernafasan digesa mengehadkan masa di luar rumah, memakai pelitup muka dan mengelak daripada melakukan senaman fizikal sehingga kepulan debu tersebut berkurangan.

Gurun Sahara di Afrika mengeluarkan 60 hingga 200 juta tan debu pasir dan habuk mineral setiap tahun.

Kebanyakan habuk dan debu pasir itu dengan cepat turun ke bumi, tetapi beberapa zarah kecil boleh bergerak jauh ke Eropah.

Atmosfera terutamanya di selatan Greece menjadi sesak kerana gabungan habuk, debu pasir dan suhu tinggi.

Ahli Meteorologi, Kostas Lagouvardos malah turut membandingkan pemandangan itu dari satu stesen cuaca dengan planet Marikh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN