Norhizam sedang mesyuarat, minta wartawan bersabar

Norhizam sedang mesyuarat, minta wartawan bersabar

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee memaklumkan beliau sedang bermesyuarat dan meminta pengamal media bersabar, selepas diminta mengulas keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), petang tadi.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, beliau berkata, sudah ramai wartawan menghubunginya bagi mendapatkan pencerahan berkenaan perkara itu.

“Nanti saya komen. Sabar ya, sekarang sedang mesyuarat,” katanya.

Hari ini, Majlis Presiden PH membuat keputusan bahawa, Norhizam tidak akan dijadikan sebagai calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.

“Dalam isu empat bekas ADUN, PH telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini. Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

“Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen PH, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit dalam mesyuarat hari ini.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden turut memutuskan bahawa Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon PH dalam PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.