Neelofa baca wirid Istighfar di pantai - Utusan Malaysia

Neelofa baca wirid Istighfar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bukan halangan untuk selebriti terkenal, Neelofa membaca wirid Istighfar ketika merehatkan minda di sebuah lokasi percutian pantai tanah air.

Meskipun jadualnya padat dengan urusan perniagaan, urusan akhirat tidak diabaikan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mod Noor, 32, berkongsi perkara itu menerusi Instastory akaunnya pagi hari ini.

Tanpa menulis baik sepotong ayat, Neelofa hanya memuat naik gambar dan helaian muka surat wirid yang memohon keampunan pada Yang Maha Esa.

Terdahulu, isteri pendakwah bebas dan pelakon, Haris Ismail itu, mencuri tumpuan khalayak apabila tular gambar dan video siaran langsungnya sedang mengusap perut. Perbuatan itu sekali gus meninggalkan persoalan kepada orang ramai.

Susulan itu juga, Neelofa telah memaklumkan akan berkongsi perkhabaran kehamilannya pada masa yang sesuai sekiranya benar sedang hamil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya