Nasib Sukan SEA 2021 diketahui hari ini - Utusan Malaysia

Nasib Sukan SEA 2021 diketahui hari ini

NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Batal atau tunda? Keputusan berhubung status Sukan SEA 2021 bakal terjawab hari ini selepas Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dijadualkan mengadakan mesyuarat pada pukul 1 tengah nanti.

Terdahulu, Vietnam selaku tuan rumah bagi temasya edisi ke-31 itu, diberikan tempoh sehingga bulan ini bagi menentukan sama ada mereka boleh menganjurkan Sukan SEA 2021 atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, pihaknya melihat hanya satu jendela yang sesuai untuk temasya dwi tahunan dianjurkan tahun depan iaitu pada bulan April dan Mei.

“Kami lihat bulan April dan Mei sahaja paling sesuai untuk dianjurkan, kemudian SEAGF perlu membuat persiapan untuk Sukan SEA 2023 iaitu bagi edisi ke-32 di Kemboja.

“Saya harap Vietnam boleh menjadi tuan rumah sebab kami sudah melihat mereka sudah banyak membuat persiapan untuk mengadakan Sukan SEA 2021,” katanya.

Julai lalu, Vietnam memutuskan untuk menunda penganjuran Sukan SEA yang sepatutnya berlangsung hujung tahun ini ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya