Lampu hiasi mural di Port Dickson kena curi - Utusan Malaysia

Lampu hiasi mural di Port Dickson kena curi

MURAL di Jalan Raja Aman Shah, Port Dickson yang sebelum ini ceria dengan cahaya lampu pada waktu malam kini namun kembali suram lampu yang dipasang dipercayai dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai mencuri lampu yang dipasang pada lukisan mural di Jalan Raja Aman Shah, pekan Port Dickson, minggu lalu.

Yang Dipertuanya, Zamri Mohd. Esa berkata, pihaknya telah menerima laporan tentang kejadian tersebut dan pihaknya akan menggantikan lampu yang dicuri berkenaan.

“Ya, ada sedikit kerosakan disebabkan perbuatan vandalisme dan kami sedang dalam tindakan pembaikan. Kini, kami sedang menunggu stok lampu untuk penggantian.

“Laporan polis juga sudah dibuat, jadi, saya harap selepas ini, orang ramai dan pengunjung dapat sama-sama menjaga lokasi mural berlampu yang menjadi tarikan baharu di pekan Port Dickson,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Online melaporkan tiga lokasi lukisan mural berlampu yang menampilkan pelbagai corak menarik akan menjadi tarikan terbaharu orang ramai ke bandar ini.

Ia terletak di Jalan Datuk K. Pathmanaban dan Jalan Raja Aman Shah di sini.

Zamri berkata, kawasan sekitar pekan Port Dickson pada waktu malam sunyi sepi dan kurang daya tarikan jadi wujudan mural berlampu tersebut merupakan inisiatif menggalakkan pengunjung singgah untuk bergambar sekali gus membantu para peniaga di kawasan sekitar.

Katanya, sebelum ini hanya lukisan mural sahaja namun timbul idea MPPD juga turut menerima peruntukan untuk memasang lampu dan menjadikan lokasi tersebut sebagai tarikan baharu di pekan Port Dickson.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN