[PARLIMEN] MP boleh pakai baju batik setiap Khamis - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] MP boleh pakai baju batik setiap Khamis

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi mempromosi batik sebagai warisan negara, ahli parlimen kini boleh berbaju batik lengan panjang menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada setiap Khamis.

Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan dipersetujui sebulat suara.

“Cadangan ketiga adalah jawatankuasa Dewan Rakyat bersetuju untuk membenarkan Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat memakai baju batik lengan panjang ketika menghadiri persidangan pada setiap hari Khamis.

“Ini adalah cadangan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Nancy Shukri) kepada Speaker Dewan Rakyat untuk mempromosikan warisan negara.

“Memakai batik (di Parlimen pada setiap Khamis) tidak wajib dan akan dibuat secara sukarela,” kata Wan Junaidi ketika mengemukakan usul tersebut di Dewan Rakyat hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN