MKMA63 lihat secara mendalam isu keselamatan Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

MKMA63 lihat secara mendalam isu keselamatan Sabah, Sarawak

MAXIMUS Ongkili (dua kanan) dan Hamzah Zainuddin (kanan) semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan MKMA63 di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu-isu keselamatan di Sabah dan Sarawak akan terus diberi perhatian di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bagi memastikan sempadan negara sentiasa terpelihara.

Menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan di bawah MKMA63, masalah berkaitan isu kewarganegaraan orang asal dari Sabah dan Sarawak yang belum memiliki dokumen akan turut dibincangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, itu antara perkara yang dibincangkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Maximus berkata, di bawah MKMA63, isu-isu berkaitan hak dan perlindungan Sabah dan Sarawak akan dibincangkan secara lebih terperinci menerusi empat jawatankuasa kerja MKMA63 termasuk keselamatan.

Menerusi pasukan baharu ini, terma rujukan dilihat lebih menyeluruh kerana merangkumi pembangunan sosioekonomi; komitmen syarat dan undang-undang kewangan; pendatang tanpa izin dan imigrasi; serta kawalan keselamatan dan sempadan.

“Sebelum ini, di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji pelaksanaan MA63 (JKKKMA63) hanya memfokuskan kepada isu-isu hak, perlindungan dan aspek undang-undang lain MA63.

“Kemudian semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerangka acuan MKMA63 bersifat lebih menyeluruh meliputi hak dan perlindungan; komitmen undang-undang kewangan; keselamatan dan kawalan sempadan Sabah dan Sarawak;  pendatang tanpa izin, imigrasi haram dan pencerobohan asing; serta pembangunan sosio-ekonomi,” katanya.

Maximus, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (pbs) berkata, hasil dan ketetapan keempat-empat jawatankuasa kerja akan dibentangkan dalam mesyuarat MKMA63 yang dijadualkan pada 14 Oktober ini.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan disertai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya