PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, rakyat Melaka akan memilih UMNO dan Barisan Nasional kerana parti itulah kestabilan dan kemakmuran yang dirindui mereka. Beliau berkata, pada masa ini, sesiapa sahaja boleh membuat andaian tentang apa yang berkemungkinan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Katanya, walau segala telahan mahupun pandangan, penentu sebenar adalah rakyat Melaka yang berkuasa untuk memilih. “Mandat telah dikembalikan kepada mereka untuk…










