Man U buka buku baharu - Ronaldo - Utusan Malaysia

Man U buka buku baharu – Ronaldo

SKUAD Red Devils meraikan jaringan sewaktu berdepan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris di London, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Cristiano Ronaldo memuji persembahan luar biasa diperagakan Manchester United ketika pasukannya kembali bangkit meraih kemenangan dengan menewaskan Tottenham Hotspur di London.

Keputusan itu, sedikit sebanyak mengurangkan tekanan terhadap pengendali United Ole Gunnar Solskjaer yang dikritik hebat terutama selepas The Red Devils dimalukan Liverpool 0-5 di Old Trafford, minggu lalu.

Sepakan voli Ronaldo meletakkan United di depan, malah turut terlibat dalam gol kedua menerusi umpanannya kepada Edison Cavani yang menyudahkan peluang tersebut dan ledakan Marcus Rashford melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 buat pasukan pelawat.

“Kami sedar sebelum perlawanan, kami sedang melalui minggu yang sukar (tewas kepada Liverpool). Kami berdepan keputusan yang benar-benar tidak dijangkakan.

“Pasukan kami agak tertekan dan sedih tetapi kami tahu bahawa kami akan memberikan jawapan yang baik dalam perlawanan ini. Kami bermain dengan bagus, kami memulakan perlawanan dengan amat baik.

“Tugas saya adalah untuk membantu pasukan ini dengan pengalaman saya, dengan gol, dengan bantuan jaringan dan saya melakukannya.

“Daripada segi kerjasama berpasukan, ia merupakan persembahan yang luar biasa pada pandangan saya,” katanya.

Dalam empat perlawanan lalu di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL), United sekadar meraih satu mata dan peluang mereka untuk merebut gelaran musim ini kelihatan tipis biarpun baharu memasuki perlawanan ke-10.

Tekanan terhadap penyingkiran Solskjaer juga semakin hangat diperkatakan sekali gus menjadikan pertemuan menentang Spurs itu sebagai perlawanan wajib menang buat United.

“Ia amat sukar, kami tidak menjangkakan keputusan seburuk itu dalam perlawanan EPL tetapi saya harap kami kali ini dapat ‘buka buku baharu’.

“Ia bukan hanya tanggungjawab jurulatih seperti yang ramai orang katakan tetapi ia tanggungjawab pemain juga.

“Saya percaya sesuatu yang berlaku itu pasti bersebab dan kami perlu gembira dengan kemenangan ini. Menang 3-0 di stadium lawan ketika menentang pasukan yang sukar dan kami amat lega dan gembira.

“Bukan hanya untuk jurulatih, ia juga bermakna buat kelab dan pemain, ia sesuatu yang normal. Kelab ini terlalu besar dan kritikan mengenainya sentiasa ada,” jelasnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya