Malaysia zahirkan komitmen cabaran iklim di Dubai - Utusan Malaysia

Malaysia zahirkan komitmen cabaran iklim di Dubai

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembangunan di bandar adalah penyumbang utama pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan dijangka berlaku peningkatan kadar selari dengan pertambahan penduduk, susulan komposisi GHG yang disumbangkan mencecah 70 peratus daripada pelepasan GHG dunia.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi menangani cabaran itu, perbincangan di Pavilion Malaysia memberi tumpuan kepada tema Bandar Rendah Karbon pada minggu kelima iaitu dari 31 Oktober hingga 6 November ini.

Beliau berkata, Malaysia menyatakan komitmen yang jelas melalui Nationally Determined Contributions (NDC), Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). 

Katanya, Malaysia menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan GHG rentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2030 berbanding tahun 2005 yang menggariskan pengurangan ini dibuat tanpa syarat dan 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini.

“Seluruh dunia akan berhadapan dengan cuaca lebih ekstrem seperti gelombang panas, banjir, kebakaran hutan dan ribut taufan, maka Malaysia yang hanya sebuah negara kecil, tetapi kita berjiwa besar dan komited menangani cabaran pemanasan global dengan solusi nasional.

“Laporan Kumpulan Kerja Pertama Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) pada 9 Ogos lalu menyatakan bahawa fenomena pemanasan global menyumbang kepada peningkatan suhu purata global kepada 1.1 darjah celcius berbanding era pra-perindustrian disebabkan peningkatan pelepasan GHG daripada aktiviti manusia,” katanya sempena majlis perasmian Minggu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Ekspo 2020 Dubai, hari ini. 

Ekspo terbabit mengetengahkan KASA sebagai hos di Pavilion Malaysia dengan mengangkat tema, “Green Growth; Ready for Global Opportunities”. 

Tuan Ibrahim berkata, penyertaan di ekspo itu adalah sebahagian daripada manifestasi Kerajaan Malaysia untuk berinteraksi dengan semua pemegang taruh dalam agenda perubahan iklim negara. 

Pada majlis itu, beliau turut memaklumkan dua memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai syarikat Malaysia iaitu IBN Development Berhad dengan Ahjam Sazeh 

Private Limited dan IBN Development dengan Gima Group Inc yang akan menjana nilai perniagaan sebanyak RM3 bilion dalam bidang pembangunan teknologi hijau dan bandar rendah karbon di rantau ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.