Malaysia dilantik Naib Presiden Rantau Pasifik Barat ke Geneva

Malaysia dilantik Naib Presiden Rantau Pasifik Barat ke Geneva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden mewakili Rantau Pasifik Barat di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 di Geneva, Switzerland yang diadakan selama tujuh hari bermula bermula 22 Mei tahun depan.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan menyebut, pelantikan itu dibuat secara sebulat suara negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Pasifik Barat hari ini.

Katanya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama empat lagi Naib Presiden yang akan mewakili rantau masing-masing di perhimpunan yang akan dihadiri 194 negara anggota WHO pada setiap tahun.

“Pemilihan Naib Presiden dibuat pada sidang tertutup pagi tadi di Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Ke-72 yang berlangsung dari 25 hingga 29 Oktober 2021 di Himeji, Jepun.

“Kali terakhir Malaysia menyandang jawatan ini adalah pada tahun 2016 yang diwakili Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Seri Dr S. Subramaniam manakala tahun 2004 pula, diwakili Tan Sri Dr. Chua Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebelum ini, jawatan Naib Presiden diterajui Mongolia pada 2021 dan Cina pada tahun 2020.

“Pemilihan ini adalah satu penghormatan yang amat besar buat Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan dan seluruh petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga sepanjang pandemik Covid-19 ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya