MAIS sumbang RM115,000 bantu 794 anak yatim - Utusan Malaysia

MAIS sumbang RM115,000 bantu 794 anak yatim

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah (depan empat dari kanan) berkenan bergambar bersama Pengerusi MAIS, Tan Sri Abd.Aziz Mohd.Yusof (depan tiga dari kiri) sempena Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 794 anak yatim di sekitar Selangor yang terkesan akibat pandemik Covid-19 diraikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyumbang sejumlah RM115,000 bagi membantu keperluan dan pendidikan mereka.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan tersebut merupakan bantuan bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak yatim yang terjejas mengikut senarai yang disediakan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

“Sumbangan diberikan menerusi peruntukan Baitulmal MAIS kepada YIDE selaku anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

“MAIS berharap bantuan yang disalurkan ini, dapat menyuntik motivasi kepada anak-anak yatim supaya terus cemerlang dan berusaha lebih gigih dalam pelajaran di samping dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Syarikat Korporat untuk Aktiviti Kebajikan YIDE kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi YIDE, Bakhtiar Hussin.

Penyampaian replika cek sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN