fbpx

Lima projek RMK-12 di Terengganu

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pusat komited melaksanakan lima projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Terengganu bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di negeri ini.

Mente­ri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek itu ialah Taman Industri Polimer di Kertih di samping Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Kemaman, Pemuliharaan Muara Sungai di Besut, Dungun dan Setiu serta Tebatan Banjir di Kuala Terengganu Utara.

Katanya, projek lain termasuk Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT237 membabitkan susur keluar Cukai di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke Kemaman diikuti Projek Jalan Raya Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang.

“Projek kelima pula membabitkan pembangunan kawasan penanaman getah pekebun kecil.

“Pelbagai usaha dirancang untuk merancakkan ekonomi Terengganu dengan memanfaatkan kelebihan dan peluang sedia ada,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Pasca RMK-12 bersama kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam perkembangan sama, Mustapa berkata, pihaknya turut mengambil perhatian mengenai isu penyediaan bekalan elektrik di Pulau Redang dan Pulau Perhentian di samping kemudahan kesihatan untuk rakyat dan pertanian yang dibangkitkan bagi pembangunan baharu di Terengganu.

“Kita berjanji dalam masa dua minggu lagi kita akan menjawab secara lebih terperinci kepada kerajaan negeri supaya dapat diberi pencerahan,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI