[PARLIMEN] Levi, cukai keuntungan wajar dikenakan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Levi, cukai keuntungan wajar dikenakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan levi atau cukai keuntungan luar biasa perlu dikenakan kepada syarikat yang meraih keuntungan secara konsisten.

Bagaimanapun Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, pelaksanaan levi tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan ketakutan dalam kalangan pelabur.

“Syarikat yang mengaut keuntungan perlu dikenakan cukai keuntungan atau levi. Namun, dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan industri yang berdepan dengan situasi tidak menentu, cadangan ini perlu diperhalusi dan dikaji dengan lebih teliti.

“Levi keuntungan luar biasa ini adalah inisiatif yang bagus. Tetapi kita perlu kaji dengan lebih teliti industri mana yang seharusnya dikenakan cukai ini. Adalah lebih baik levi ini dikenakan kepada industri yang mengaut keuntungan tinggi secara konsisten dan bukan kepada syarikat yang meraih keuntungan secara tiba-tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang-Undang-Undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN