Lelaki maut kereta terbabas masuk parit - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

PASUKAN bomba membantu mengeluarkan mangsa yang maut selepas kenderaan terbabas dalam parit di Batu 11, Jalan Seguntur, Sandakan hari ini.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Seorang lelaki maut apabila kenderaan dinaiki terbabas lalu termasuk ke dalam parit di Batu 11, Jalan Seguntur, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun didapati tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Jimmy Lagung berkata, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya itu pada pukul 8.04 pagi dan lapan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian menaiki dua jentera bomba.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Proton Saga Aeroback terbabas sendiri ke dalam parit dan terdapat seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, maklumat mangsa tidak diperoleh dan pemeriksaan di sekitar kawasan dilakukan untuk memastikan tiada elemen elemen berbahaya lain di lokasi dan operasi tamat pada pukul 9.19 pagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya