Laporan polis terhadap golongan anti vaksin diteliti - Utusan Malaysia

Laporan polis terhadap golongan anti vaksin diteliti

HAMZAH Zainuddin (kanan) menyampaikan kotak makanan kepada penduduk pada program di Kubu Gajah dekat Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Kerajaan akan meneliti setiap laporan polis yang dibuat terhadap golongan anti vaksin yang menyebar berita palsu mengenai vaksinasi sebelum sebarang tindakan undang-undang dapat diambil.

Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ini berikutan gesaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kumpulan anti vaksin.

Menurut Hamzah, pihaknya akan meneliti secara menyeluruh laporan polis terhadap golongan anti vaksin dan meneliti seksyen dan kesalahan yang dilakukan golongan itu sebelum tindakan akan dibuat.

“Kita akan lihat dahulu laporan polis yang dibuat. Dalam seksyen mana, apa kesalahan yang mereka lakukan, kemudian barulah saya akan umumkan (tindakan undang-undang terhadap golongan anti vaksin),” katanya.

Beliau ditemui kepada pemberita selepas penyerahan kotak makanan dan program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Sungai Ara, Kubu Gajah dekat sini hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kumpulan anti vaksin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah dengan membuat beberapa laporan polis terhadap golongan tersebut dan tindakan susulan seperti siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

Katanya, kumpulan itu terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.

Khairy berkata demikian sebagai membalas ciapan pakar perubatan keluarga, Dr. Sakinah Sulong yang mempersoalkan kumpulan anti vaksin di negara ini dilihat kebal daripada tindakan pihak berkuasa walaupun berterusan menyebarkan dakwaan dan berita palsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya