fbpx

25 Oktober 2021, 6:19 am

  TERKINI

Labuan berpotensi dibangunkan dalam koridor BIMP-EAGA

JALALUDDIN Alias ketika berucap dalam Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri BIMP-EAGA secara maya hari ini. – Ihsan Kementerian Wilayah Persekutuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Wilayah Persekutuan Labuan dilihat berpotensi dibangunkan lebih pesat dalam Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Perkara tersebut disuarakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri BIMP-EAGA hari ini.

BIMP-EAGA merupakan inisiatif kerjasama ekonomi sub-rantau yang ditubuhkan ASEAN pada 24 Mac 1994 lalu untuk memacu pembangunan di kawasan timur blok Asia Tenggara itu meliputi Sabah, Sarawak dan Labuan di Malaysia; wilayah Kalimantan, Sulawesi, Papua Barat dan Papua di Indonesia, Mindanao dan Palawan di Filipina serta keseluruhan Brunei.

“Insya-Allah, dengan kerjasama baik antara negara terlibat, ia mampu jadi titik tolak kepada pembangunan ASEAN dan wilayah terbabit khasnya Labuan,” jelasnya menerusi kenyataan.

Mesyuarat antara empat negara diadakan secara maya itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ketua delegasi Malaysia.

Di samping BIMP-EAGA, Malaysia turut membentuk dua lagi zon ekonomi khas iaitu Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia–Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Singapura-Johor-Riau (Sijori) yang turut disertai Utusan Khas BIMP-EAGA Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, Labuan yang merupakan Wilayah Persekutuan kedua dapat menerima banyak manfaat selain statusnya sebagai pusat kewangan pesisir sejagat.

“Alhamdulillah, banyak perkara dibincangkan berkaitan pelancongan dan pelaburan terutama dalam keadaan banyak negara dalam fasa pemulihan pasca wabak Covid-19,” tambahnya. -UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI