KPDNHEP lupus barang rampasan bernilai RM51.9j - Utusan Malaysia

KPDNHEP lupus barang rampasan bernilai RM51.9j

AZMAN Adam (kanan) melupuskan kasut tiruan yang dirampas sebelum ini selepas sidang akhbar Pelupusan Eksibit Mega KPDNHEP di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP di Nilai, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini melupuskan pelbagai barangan rampasan yang bernilai RM51.9 juta.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, semua barang yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan pihaknya di seluruh negara bermula awal tahun ini sehingga bulan September lalu yang melibatkan pemeriksaan di 632,242 buah premis.

Kata Azman, daripada jumlah premis yang diperiksa tersebut, pihaknya juga telah mengambil sebanyak 8,782 tindakan kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM29.96 juta.

“Barang rampasan ini melibatkan tindakan kes di bawah pelbagai kesalahan antaranya Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011. 

“Akta Jualan Langsung 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 membabitkan barang rampasan berkaitan cetak rompak, barang tiruan dan standard keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pelupusan Eksibit Mega KPDNHEP di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP di Nilai di sini hari ini. 

Kata Azman, hasil kutipan sementara yang sedang diuruskan kerajaan adalah sebanyak RM2.19 juta selain hasil jualan lelong, sebut harga, tender dan jualan sebanyak RM935,477. 

“Bagi lucut hak kewangan melalui perintah Mahkamah adalah RM734,594 juta dan selebihnya pemusnahan barangan kes bernilai RM28 juta,” ujarnya. 

Tambahnya, sebanyak 7,830 kes di seluruh negara telah dikenakan kompaun bernilai RM4.11 juta tahun ini. 

“Daripada jumlah itu, 97 kes pula melibatkan tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda RM798,292.

“Berdasarkan kepada tindakan kes pengkompaunan dan pendakwaan tersebut, sebanyak 1,868 kes yang melibatkan barang sitaan telah dilupuskan tahun ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya