Kos mengerjakan umrah ditentukan MOTAC - Ahmad Marzuk

Kos umrah ditentukan MOTAC

KOS mengerjakan ibadah umrah ditetapkan oleh MOTAC dan bukan di bawah bidang kuasanya. - Ahmad Marzuk Shaary. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan kos mengerjakan ibadah umrah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan bukan di bawah bidang kuasanya.

Menurutnya, berlakunya peningkatan kos adalah disebabkan susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, permintaan mengerjakan umrah kini semakin meningkat selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyat luar mengerjakan ibadah berkenaan.

“Peningkatan kos RM6,900 ini membabitkan bayaran visa umrah, harga tiket penerbangan pergi balik, kos pengangkutan dan penginapan hotel di Tanah Suci, kos makan dan minum, upah pembimbing umrah atau mutawif, kos ujian saringan Covid-19 dan kuarantin selepas selesai ibadat berkenaan,” katanya.

Ahmad Marzuk berkata, Arab Saudi juga mengenakan Cukai Nilai Tambah (VAT) lebih tinggi, iaitu daripada lima peratus seperti pengumuman awal kepada 15 peratus.

“Permintaan mengerjakan umrah rakyat Malaysia pada masa kini semakin meningkat dan kerajaan Arab Saudi tidak menghadkan kuota kemasukan ke negaranya. 

“Namun mereka (Arab Saudi) telah menetapkan jumlah yang ingin memasuki Masjidil Haram dari masa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan One-Off kepada Pekerja Agensi Pelancongan di pejabatnya, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar; Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya dan Pengurus Baitulmal, Ahmad Talmizi Yahaya.

Sumbangan berjumlah RM2.5 juta itu disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sheikh Awadh Sheikh Abdullah.

Bantuan di bawah Program MAIWP Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 ini bertujuan membantu pekerja agensi pelancongan yang terkesan akibat COVID-19.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 orang.

Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya