Klopp hormati Guardiola, anggap seperti keluarga - Utusan Malaysia

Klopp hormati Guardiola, anggap seperti keluarga

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp (tengah) mahu anak-anak buahnya menampilkan prestasi terbaik jika mahu mengatasi cabaran Manchester City di Anfield, malam ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertembungan pasukan di tangga teratas dan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Manchester City, 11.30 malam ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.

Pengendali The Reds Jurgen Klopp berkata, beliau sememangnya cenderung untuk ‘kacau’ pengurus City, Pep Guardiola tapi menegaskan bahawa itu bukan dilakukan dengan sengaja.

Banyak pertengkaran berlaku membabitkan kedua-dua mereka yang dimainkan di media berbanding hal peribadi sepanjang lima tahun mereka menjadi musuh dalam saingan EPL.

Klopp bertanggungjawab terhadap beberapa perkara namun menjelaskan bahawa dia menganggap bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu sebagai rakan seperjuangannya.

“Saya tidak pasti sama ada pernah memberitahu Pep bahawa saya menyukainya. Itu benar. Dari masa ke semasa saya mengganggunya dan perkara yang saya katakan pada sidang media tidak bertujuan untuk mengata yang buruk tentang dia atau Manchester City.

“Tapi kemudiannya seorang kakitangan City memberitahunya bahawa Klopp mengatakan itu dan ini. Saya dapat melihatnya pada sidang akhbar dan dia menjadi sangat marah. Maaf untuk itu.

“Saya sangat menghormatinya dan pernah mengatakan perkara itu sebelum ini. Saya rasa kami tahu banyak perkara tentang satu sama lain.

“Kami saling bertemu sesama sendiri dalam perlawanan bola sejak sejak dua tahun lalu. Saya rasa kami berdepan beberapa situasi di mana kami ke Manchester untuk anugerah dan ia seperti pertemuan keluarga,” kata Klopp.

Terdahulu, Klopp melaungkan amaran kepada pemain Liverpool untuk bersedia bertemu City yang akan tiba di Anfield dengan semangat membara selepas dikecewakan Paris Saint-Germain (PSG) Rabu lalu.

Skuad kendalian Guardiola itu tewas 2-0 di Paris dalam kempen Liga Juara-Juara menentang skuad bintang Mauricio Pochettino, tetapi Klopp menegaskan persembahan pasukan EPL itu amat mengagumkan, maka mereka perlu bersedia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya