Kes bunuh wanita Indonesia: Reman enam suspek disambung

Kes bunuh: Reman enam suspek disambung

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Reman terhadap enam lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita warga Indonesia yang mayatnya ditemukan tidak berpakaian dan diselimuti kain di kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, Selasa lalu disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, perintah enam lelaki melibatkan tiga warga Myanmar, dua warga Pakistan serta seorang warga tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun itu direman sehingga 11 Oktober ini.

“Mereka disambung sehingga 11 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan enam lelaki itu termasuk suspek utama ditahan menerusi dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Bandar Baru Bangi.

Mohd Zaid dilaporkan berkata, menerusi tangkapan itu, pihaknya merampas beberapa barang kes daripada suspek termasuk telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa, barang kemas, wang tunai berjumlah RM2,400 serta pakaian milik suspek yang mempunyai kesan darah.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa berusia 50-an adalah akibat kelaran objek tajam di leher, belakang tengkuk dan tepi pipi.

Menurutnya, motif kejadian itu dipercayai akibat cemburu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN