Kerajaan teruskan Shop Malaysia Online - Utusan Malaysia

Kerajaan teruskan Shop Malaysia Online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan meneruskan program Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding dengan peruntukan RM250 juta bagi bagi usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program itu telah memanfaat lebih daripada 500,000 usahawan tempatan.

“Usahawan PMKS layak menerima manfaat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

“Sebagai inisiatif menyokong pemulihan sektor pelancongan, kerajaan menggalakkan penggunaan baucar Shop Malaysia Online di premis perniagaan dan pembelian tiket tempat tarikan pelancong seperti zoo dan taman tema.

“Bagi merancakkan penghasilan dan pembelian produk tempatan, kerajaan komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif menyokong produk hasil tangan tempatan dan produk khazanah alam melalui Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Program Jualan Malaysia dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung dengan peruntukan RM33 juta,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya