Keputusan SPM ulangan 3 November - Utusan Malaysia

Keputusan SPM ulangan 3 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 3 November ini.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Peperiksaan berkata, keputusan itu boleh diperoleh menerusi laman web serta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

“Keputusan peperiksaan SPMU akan dikeluarkan pada Rabu, 3 November mulai pukul 10 pagi.

“Calon boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Selain itu, calon juga boleh menyemak menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2021 dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888,” jelasnya.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 9 November.

Turut dijelaskan, calon yang tidak mempunyai capaian internet, calon boleh berhubung dengan pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2021.

SPMU 2021 telah diadakan pada 21, 22 dan 23 September yang lalu dan seramai 8,077 calon telah mendaftar untuk menduduki SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya