Kenderaan banyak di lebuh raya seperti sebelum PKP  - Utusan Malaysia

Kenderaan banyak di lebuh raya seperti sebelum PKP 

ALIRAN trafik yang padat kelihatan di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di semua lebuh raya semalam mencatatkan sebanyak 4.27 juta kenderaan sehari malah hampir menyamai trend sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu 4.5 juta sehari.

Mengikut data yang direkodkan, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Utara Selatan merekodkan 1.2 juta kenderaan, Lebuh Raya KL-Karak (143,024) serta Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (53,159).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kassim Karim berkata, Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 25 peratus iaitu 60,831 kenderaan berbanding 48,775 kenderaan pada 8 Oktober (Jumaat) sebelumnya.

Katanya, Plaza Tol Sungai Besi meningkat 30 peratus iaitu sebanyak 40,721 kenderaan berbanding 31,231, sebelumnya.

“Plaza Tol Skudai meningkat kepada 41 peratus iaitu 20,578 kenderaan berbanding 14,645 dan Plaza Tol Juru meningkat 30 peratus dengan mencatatkan 44,616 kenderaan.

“Bagi Plaza Tol Gombak pula meningkat ketara sehingga 142 peratus iaitu 82,368 kenderaan berbanding 34,081 kenderaan sebelumnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mat Kassim berkata, bagi Plaza Tol Bentong, pihaknya mendapati sebanyak 85 peratus peningkatan aliran trafik iaitu 60,656 kenderaan berbanding 32,814 kenderaan dalam tempoh tersebut.

Jelasnya, sebanyak 14,741 kenderaan melalui Plaza Tol Karak iaitu meningkat sebanyak 62 peratus.

“Kita dapati aliran trafik yang tinggi adalah di sektor pantai timur namun semuanya lancar dan tiada kesesakan luar biasa dikesan.

“Rondaan dan tindakan penguatkuasaan secara penguatkuasaan penuh dilaksanakan bagi memberikan impak tinggi kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya