Kementerian kaji wajibkan peminjam lengkap dua dos

Kementerian kaji wajibkan peminjam lengkap dua dos

NOH Omar hadir ke PPV di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor di Kuala Selangor melihat perjalanan pemberian vaksin kepada pelajar sekolah dalam Parlimen Tanjong Karang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pemohon pinjaman di bawah kementerian itu melengkapkan dua dos vaksin.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya setakat ini tidak menetapkan perkara itu sebagai syarat khas pinjaman.

“Saya kena bincang dahulu (bersama kementerian) dan belum mengenakan sebarang syarat.

“Namun, syarat (dua dos vaksin) mungkin perlu dilihat sekiranya keadaan memaksa atau serius,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor, di sini hari ini.

Pada 24 Jun lalu, kementerian itu mahu memastikan pengusaha perniagaan mikro dan tidak rasmi tersenarai sebagai penerima utama vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Bekas menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan sebahagian besar pengusaha berada dalam sektor perkhidmatan yang berurusan dengan orang ramai dan harus diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.

Mengulas lanjut, kata Noh, pihaknya setakat ini tidak mempunyai statistik mengenai jumlah peniaga di bawah MEDAC yang sudah divaksin.

“Apa yang boleh saya katakan golongan peniaga yang tidak lengkap mendapat dua dos vaksin menyusahkan diri mereka.

“Golongan itu sudah pasti sukar memasuki sesebuah premis dan mengganggu urusan perniagaan mereka,” katanya.

Tambah beliau, setiap peniaga secara asasnya perlu bertanggungjawab melindungi pelanggan mereka daripada risiko jangkitan Covid-19.

“Pelanggan semestinya mengharapkan keselamatan dan kesihatan mereka dilindungi oleh peniaga.

“Justeru, semua peniaga dan pekerja mereka sepatutnya sudah melengkapkan dos masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya