fbpx

Kemenangan jadi motivasi

BRAD MALONEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kemenangan daripada tiga aksi pemanas badan menjadi bekalan motivasi terbaik buat skuad bawah 23 tahun (B-23) negara menjelang aksi Kumpulan J kelayakan Piala Asia 2022 di Mongolia pada 25 hingga 31 Oktober ini.

Pengendalinya, Brad Maloney berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang tiga perlawanan menentang Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

Skuad B-23 negara terdahulu tewas 1-2 kepada juara Liga Perdana, Negeri Sembilan, sebelum bangkit dengan mengatasi Pulau Pinang 1-0 dan menang ke atas Kedah 2-0 di Arena MBSJ, Subang Jaya kelmarin.

“Saya sangat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh skuad B-23 negara. Saya fikir mereka layak mendapat kredit di atas usaha ini. Ya, bukan mudah untuk menentang pasukan bertaraf Liga Super seperti Kedah.

“Dua kemenangan daripada tiga aksi yang diharungi boleh dijadikan bekalan motivasi buat pemain.

“Ia perlu supaya mereka dapat meneruskan rentak konsisten pada aksi kelayakan yang bermula minggu depan,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI