Kembalikan mandat rakyat, bukan percaturan wakil rakyat - Utusan Malaysia

Kembalikan mandat rakyat, bukan percaturan wakil rakyat

AHMAD Maslan (tengah) diiringi Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Tun Mohd. Ali (kanan) hadir bagi menyantuni penduduk tempatan dalam gerak kerja di Taman Akasia, Masjid As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu, Melaka.-  UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mandat rakyat perlu dikembalikan semula melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,bukannya membenarkan percaturan wakil rakyat jika ingin kestabilan politik negara dicapai.

Menegaskan perkara tersebut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, akibat percaturan wakil rakyat, keadaan politik sejak PRU-14 menjadi kelam-kabut, sehingga pemerintahan Persekutuan dan negeri sering kali bertukar tangan.

Situasi itu, katanya, menyebabkan kestabilan politik tidak dapat diwujudkan dan pentadbiran tidak berjalan lancar, sehingga menjejaskan kelangsungan hidup rakyat.

Menurutnya, percaturan wakil rakyat bukanlah mandat sebenar dalam sistem demokrasi berparlimen, kerana apa yang paling bererti adalah mandat sebenar daripada rakyat.

“Kita mesti menghentikan percaturan ke atas wakil rakyat dan memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih. Kita perlu kerajaan yang stabil dan perlu mandat rakyat, bukan percaturan wakil rakyat.

“Tiga tahun lebih kestabilan politik negara jadi tidak menentu dan PRN negeri yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti, kita akan lihat bagaimana mandat rakyat akan menjadi penentu untuk mewujudkan kestabilan politik di Melaka.

“Saya kira rakyat kesal dengan kesilapan mereka memilih pada PRU-14, kerana nak mencuba sesuatu yang baharu maka negeri dan negara tidak stabil politiknya hingga hari ini dan harapan saya supaya rakyat tidak salah pilih lagi kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Santai Sarapan Pagi bersama UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Pengkalan Batu di sini hari ini.

Ditanya mengenai peluang BN dalam PRN Melaka, Ahmad berkata, tidak ada masalah buat Barisan Nasional (BN) untuk menang selesa berbanding pilihan raya umum yang lalu.

“Keyakinan ini berdasarkan lawatan kerjanya di semua bahagian mendapati, jentera parti telah digerakkan dan hanya menanti keputusan daripada SPR untuk menetapkan tarikh PRN,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya