PETALING JAYA: Kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Kilometer 22.8 dari Bukit Lanjan ke Jalan Duta.
Menerusi ciapan di laman Twitter Plusline melaporkan tiada laluan terhalang pada ketika ini dan trafik masih terkawal.
Dalam pada itu, trafik dilaporkan perlahan di lokasi Puchong Utama ke Puchong Intan serta dari Taman Megah ke SS2.
Kawasan mendaki Bukit Berapit ke Tiping Utara (Kedua-dua arah) dan Kilometer (KM) 8.7 dari Taiping Utara ke Bukit Merah turut dilaporkan trafik bergerak perlahan akibat pengalihan kemalangan di KM 198.7 arah Utara menyebabkan kedua-dua arah terhalang.










