Kelengkapan hospital medan, peperangan siber perlu diberi tumpuan

[Bajet] Kelengkapan hospital medan, peperangan siber perlu diberi tumpuan

SHARUDDIN OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bajet pertahanan negara perlu ditambah dengan memberi fokus terhadap pembelian aset penting termasuk kelengkapan hospital medan, sistem pertahanan udara, penambahan pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) dan kapal tempur di samping kelengkapan pertahanan siber.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten (B) Datuk Sharuddin Omar berkata, aspek tersebut penting berdasarkan keperluan semasa membabitkan perkembangan teknologi terkini untuk menangani ancaman luar dan persediaan menangani wabak terutamanya Covid-19.

Malah katanya, dengan pembelian aset penting itu sekali gus mampu membantu meningkatkan industri pertahanan negara membabitkan pertukaran teknologi serta sumber manusia.

“Teknologi pertahanan berkembang dengan pesat. Jika aset yang ada di pasaran kita beli pada 10 tahun akan datang, kita agak ketinggalan. Malah kelengkapan seperti MRCA, hospital medan, sistem pertahanan siber dan udara serta kapal tempur memang ada keperluan pada masa kini.

“Malah jika dilihat sebelum ini pun hospital medan amat diperlukan berdasarkan penularan virus Covid-19. Selain itu, jika aset tersebut dibeli, kita secara tidak langsung mampu memberi fokus kepada usaha membangunkan teknologi pertahanan sendiri pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka membentangkan Bajet 2022 hari ini yang akan memberi tumpuan usaha isu fiskal di samping memberi fokus kepada 3M iaitu memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan. 

Dalam pada itu Sharuddin, pembelian aset berkenaan terutama hospital medan secara tidak langsung dapat menjadi nilai tambah kepada aset sedia ada terutama bagi persediaan menghadapi ancaman penularan wabak termasuk Covid-19.

Dalam pada itu, Sharuddin berkata, aspek kebajikan terutama golongan veteran perlu diberikan perhatian terutama isu pencen.

Sementara itu, Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Sani Osman berkata, adalah wajar kerajaan memberi tumpuan terhadap program menaik taraf hospital ATM yang bukan sahaja dapat digunakan anggota tentera tetapi turut bermanfaat kepada orang awam pada masa depan.

“Hospital itu nanti mungkin boleh digunakan dan dinikmati orang awam mengikut situasi tertentu terutama ancaman penularan Covid-19.

“Ini dapat dilihat sebagaimana peranan yang dimainkan oleh Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dengan dijadikan sebagai Zon Pengurusan Bencana (DMZ),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya