fbpx

25 Oktober 2021, 5:06 am

  TERKINI

Kelantan benarkan solat Jumaat, fardu ikut kapasiti masjid, surau mulai esok

TENGKU MOHAMAD RIZAM TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengumumkan kebenaran kepada jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu mengikut kapasiti masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula esok.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, solat Jumaat juga turut dibenarkan di halaman atau pekarangan masjid dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter sebagaimana di dalam masjid.

“Kakitangan dan jemaah yang hadir ke masjid juga wajib lengkap suntikan vaksin Covid-19 dengan penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac wajib melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua.

“Bagi penerima vaksin satu dos pula iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, mereka dikehendaki melepasi hari ke-28 selepas tarikh menerima suntikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pelaksanaan solat jemaah mengikut kapasiti masjid dan surau itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam negeri ini seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun tambahnya, semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah umum dan khas masih tidak dibenarkan.

“Kelas pengajian secara dalam talian adalah digalakkan agar aktiviti mengimarahkan masjid dapat diteruskan pada musim pandemik ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI