Kapal tangki ditahan tiada dokumen pelepasan pelabuhan - Utusan Malaysia

Kapal tangki ditahan tiada dokumen pelepasan pelabuhan

KAPAL tangki dengan muatan diesel yang tiada dokumen pelepasan pelabuhan ditahan di perairan Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki dengan muatan diesel yang tiada dokumen pelepasan pelabuhan di perairan Kemaman di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, kapal yang berdaftar di Pelabuhan Klang itu ditahan di kedudukan 8.3 batu nautika dari Kuala Kemaman, kira-kira pukul 10.45 malam.

“Kapal itu dikesan dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati ia tiada dokumen pelepasan pelabuhan sah.

“Kapten bersama empat kru yang berusia antara 29 hingga 68 tahun termasuk seorang warga Indonesia itu bagaimanapun mempunyai dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rashidilhadi berkata, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya