Kanak-kanak koma dipatuk ular tedung senduk  - Utusan Malaysia

Kanak-kanak koma dipatuk ular tedung senduk 

ADAM Khairi Naufal Abdul Wahab yang dipatuk ular tedung senduk masih menerima rawatan di PICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah,  hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun koma selepas kaki kanannya dipatuk seekor ular tedung senduk ketika berada di dapur rumah neneknya di Paya Kerchut, di sini semalam.

Kanak-kanak itu,  Adam Khairi Naufal Abdul Wahab, 5, tidak sedarkan selepas dipatuk oleh ular berbisa itu pada pukul 2.30 petang.

Ibu mangsa, Nur Farhana Abu Bakar berkata, dia pada awalnya menyangka Adam Khairi Naufal menjerit kerana terlanggar sesuatu di dapur rumah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila terdapat kesan gigit ular di kaki kanannya.

“Adam Khairi Naufal ke dapur untuk mengambil makanan sebelum dipatuk ular tedung selar tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nur Farhana memberitahu, dia kemudian mengangkat Adam Khairi Naufal sebelum  membawa anaknya itu ke sebuah klinik berdekatan di sini. 

“Pada masa ini, Adam Khairi Naufal belum sedarkan diri dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN