fbpx

8 Disember 2021, 10:49 am

  TERKINI

Kampung Melayu Bukit Tarek dalam hutan simpan – MB

AMIRUDIN Shari (tengah) bersama beberapa pemain legenda pasukan bola sepak Selangor ketika melawat Galeri Hall Of Fame pasukan bola sepak Selangor di Stadium Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kawasan penempatan Kampung Melayu Bukit Torek di Hulu Selangor dipercayai diduduki sejak 30 tahun lalu didakwa terletak dalam kawasan hutan simpan di daerah berkenaan.

Hal berkenaan dilihat menyebabkan penduduk di sana tidak mendapat kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya serta bekalan air dan elektrik.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan status tanah itu dikenal pasti setelah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri terhadap status tanah Kampung Melayu Bukit Torek baru-baru ini.

“Kerajaan sudah semestinya mahu membantu penduduk kampung terbabit tetapi sebelum itu, kita perlu tahu status sebenar tanah kawasan itu.

“Laporan awal yang saya terima berhubung status tanah lokaliti (kawasan kampung tersebut) adalah bukan tanah hak milik, sebaliknya kawasan hutan simpan,” katanya selepas merasmikan Galeri Hall of Fame pasukan bolasepak Selangor di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Khamis lalu, Utusan Malaysia mendedahkan penderitaan kira-kira 300 penduduk Kampung Melayu Bukit Tarek yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, walaupun sudah menduduki kawasan berkenaan selama 30 tahun.

Beberapa penduduk meluahkan rasa kecewa mereka terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) kerana tidak menyambungkan bekalan elektrik dan air di kediaman mereka.

Bagaimanapun menurut Amirudin, kerajaan negeri akan mengkaji semula status kawasan Kampung Melayu Bukit Tarek supaya penduduk di sana mendapat bantuan sewajarnya.

Beliau telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI