Kadar penginapan hotel di Pangkor capai 78 peratus - Utusan Malaysia

Kadar penginapan hotel di Pangkor capai 78 peratus

KEADAAN di Pantai Teluk Batik yang penuhi pengunjung yang mandi-manda ketika tinjauan di Lumut, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kadar penginapan di hotel dan resort di Pulau Pangkor mencapai kadar 78 peratus dalam tempoh enam hari iaitu sejak kebenaran merentas negeri 11 Oktober lalu.

Pada masa sama, bilangan pengunjung ke pulau peranginan itu dalam tempoh enam hari tersebut mencatatkan 9,888 orang berbanding 12,879 orang sepanjang bulan lalu dan 6,430 orang pada Ogos lepas.

Pulau Pangkor dibuka hanya kepada pelancong dalam negeri Perak pada Ogos dan bulan lalu sebelum dibuka kepada pelancong seluruh negara mulai 11 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, peningkatan itu memberi keyakinan industri pelancongan di negeri ini bakal melonjak selepas ini.

“Kita melihat peningkatan ini sebagai petanda baik walaupun hanya 25 daripada 47 hotel dan resort berdaftar di Pulau Pangkor yang dibuka setakat ini.

“Semua 47 hotel dan resort berdaftar itu dijangka dibuka sepenuhnya bulan depan, ini akan membantu ke arah pemulihan industri pelancongan di pulau itu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Jeti Penumpang Lumut di bandar Lumut hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya